| Universiti Putra Malaysia

UPM, MPSJ lestarikan program khidmat masyarakat

 

SERDANG, 15 Dis – Kira-kira 200 orang termasuk staf  dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) serta penduduk sekitar Seri Kembangan menyertai aktiviti khidmat komuniti Hike & Clean di Taman Universiti Indah di sini.

Ia antara lain bertujuan memulihara alam sekitar, membaikpulih kemudahan komuniti serta mengeratkan silaturahim antara UPM, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan penduduk sekitar. 

Aktiviti khidmat masyarakat itu dirancang Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM sebagai satu dariapda program bakti murni warga UPM. Program UPM, MPSJ bersama penduduk di Seri Kembangan itu tertumpu di kawasan Seri Kembangan kerana ia merupakan komuniti setempat yang strategik bagi UPM.

Majlis dirasmikan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. Ia turut dihadiri Yang DiPertua MPSJ, Noraini Roslan; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Zulklifli Idrus; Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Dr. Abu Bakar Md Sultan; serta Timbalan Pengarah Pusat Kokurikukum dan Pembangunan Pelajar, UPM, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir.

Noraini dalam ucapannya berharap UPM dan MPSJ dapat merangka kerja khidmat komuniti secara lebih kerap pada masa hadapan dan disertai oleh lebih ramai penduduk.

Katanya, sambutan dan penyertaan penduduk amat penting bagi memastikan kelestarian program, sambal berharap semangat kekitaan atau “sense of belonging” dapat dipupuk di kalangan komuniti berbilang bangsa melalui aktiviti jaringan komuniti seperti itu.

 

Sementara itu, usaha membantu ke arah pemulihan alam sekitar dilakukan melalui penanaman pokok, membaik-pulih kemudahan di Padang Cergas, Taman Universiti Indah, serta mendaki sambil membersihkan kawasan Bukit Serdang.

Pengarah Program Hike & Clean, Dr. Ng Keng Yap berkata program itu mendapat sambutan baik daripada para pelajar.

Sebilangan besar ahli jawatankuasa program terdiri daripada ahli Persatuan Fakulti Sains Komputer (ComSAA) bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam tanggungjawab sosial dan pengalaman menganjurkan program awam.

Program turut mendapat sokongan beberapa pusat tanggungjawab UPM termasuk Pusat Kesihatan Universiti (PKU) yang memberi sokongan kecemasan dan perubatan serta Pusat Kokurikukum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) yang menghantar pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit menyertainya. - UPM

SXDdNAa~