| Universiti Putra Malaysia

UPM menang emas memanah Recurve lelaki keseluruhan 18m


Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

SERDANG, 6 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi pingat emas acara Recurve Lelaki Keseluruhan 18m dalam Kejohanan Memanah Terbuka UPM kali ke-10, 2016 di Pusat Sukan UPM  baru-baru ini.

Pasukan memanah UPM diwakili atlet memanah negara Mohd Fareez Rosli, serta bekas bekas atlet negara Mohd Alif Adha dan Nazir Omar.

Seramai 478 orang atlet memanah elit Malaysia menyertai kejohanan tersebut. Angka itu merupakan rekod baharu penyertaan terbanyak dalam kejohanan memanah yang dianjurkan di Malaysia.

Penganjuran kejohanan itu merupakan satu daripada agenda sukan yang ditakwimkan dalam kalendar tahunan program Persatuan Memanah Kebangsaan yang dianjurkan secara konsisten setiap tahun.

Selain itu, UPM dilantik sebagai Pusat Sukan Tumpuan Sukan Memanah (KPT-UPM). UPM pada sesi kejohanan itu bertanggungjawab menganjurkan kejohanan tersebut sebagai salah satu platform program pembangunan sukan memanah negara.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sahaja melibatkan penyertaan atlet dalam negara malah terdapat penyertaan atlet luar negara dari Indonesia.

Berikut keputusan pertandingan:

1) Recurve lelaki keseluruhan 18m
Emas: UPM
Perak: ATM
Gangsa: Hulu Langat

2) Compound lelaki keseluruhan
Emas: Excella Archery
Perak: Excella Archery
Gangsa: Gambang Shooter

3) Recurve wanita keseluruhan
Emas: Hulu Langat
Perak: Team x-5
Gangsa: Hulu Langat

4) Compound wanita keseluruhan
Emas: Excella Archery
Perak: ATM
Gangsa: Proton Archery Club


SXDcWAU~