| Universiti Putra Malaysia

UPM lancar Majlis Sukan dan Riadah serta Sambutan Pencapaian Ranking 123 UPM 2022

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron

SERDANG, 20 Julai - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan Sulaiman hadir ke Majlis Pelancaran Sukan dan Riadah serta Sambutan Pencapaian Ranking 123 UPM 2022 di sini.   

Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan berkata warga UPM diharapkan dapat bersama-sama menyahut Aspirasi 9 iaitu Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus iaitu merujuk kepada membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.

“Pencapaian cemerlang atlet UPM dalam pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa merupakan bukti bahawa UPM merupakan sebuah IPT yang terhadapan yang memberikan sumbangan dalam sukan samada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Semoga kejayaan atlet pelajar UPM ini menjadi inspirasi kepada kecemerlangan atlet staf yang akan bersaing dalam kejohanan SUKUM yang akan datang dan seterusnya membawa kejayaan kepada kontinjen UPM.

Hari sukan dan riadah staf Universiti Putra Malaysia diadakan pada setiap hari Rabu setiap minggu yang dianjurkan oleh Akademi Sukan UPM bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.

Sementara itu, Sambutan Pencapaian Ranking 123 UPM 2022 turut diadakan.

UPM meraih kedudukan tangga ke-123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara melalui penarafan QS World University Rankings 2023 dan berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga berbanding kedudukan 143 pada tahun sebelumnya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad, dan Pengarah Akademi Sukan  Prof  Madya Dr. Tajularipin Sulaiman. - UPM 

WXETUA2~