| Universiti Putra Malaysia

UPM kukuhkan industri halal bersama Konsortium Institut Halal Malaysia

Oleh: Nurainul Syifa Mohd ‘Azini

Foto: Marina Ismail

 

GOMBAK, 8 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaya (UM) bagi menubuhkan Konsortium Institut Halal Malaysia bagi membantu negara dalam memperkasakan industri halal di dalam dan luar negara.

Kerjasama strategik itu bertujuan untuk bekerjasama dalam pembangunan kepakaran penyelidikan dan pembangunan untuk kepentingan industri halal serta jaringan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

UPM, UM, USIM dan UIAM akan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam penyelidikan, perkongsian maklumat untuk penggunaan industri halal, pembangunan bakat dan kemahiran serta kerjasama dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan halal.

MoU itu melibatkan empat institut halal dari universiti awam iaitu INHART (IIUM) - International Institute of Halal Research and Training, HPRI (UPM) - Halal Products Research Institute, IHRUM (UM) - Centre for International Halal Research University of Malaya dan IHRAM (USIM) - Institute of Halal Research and Management. – UPM

 

SXERAAN~