UPM Kedudukan Ketiga Terbaik Portal/laman Web IPTA | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM kedudukan ketiga terbaik portal/laman web IPTA

UPM kedudukan ketiga terbaik portal/laman web IPTA


SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukan peningkatan dalam penyediaan laman web dan portal dengan mendapat kedudukan ketiga daripada 12 terbaik antara 20 institusi pengajian tinggi (IPTA) pada tahun 2012 berbanding kedudukan kesepuluh dan 4 bintang pada tahun sebelumnya.

UPM yang berkongsi kedudukan dengan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mencatatkan skor 92 dan mendapat lima bintang. Kedudukan pertama dikongsi oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM)  dan Universiti Malaysia Terengganu  (UMT) yang mendapat skor 94 sementara kedudukan kedua dengan skor 93 diraih oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Keputusan itu juga meletakkan UPM di kedudukan sebelas daripada 77 Kedudukan Portal Keseluruhan yang dinilai terhadap 554 agensi-agensi kerajaan dengan mendapat skor 92 dan lima bintang.

Penilaian dibuat  dari segi isi kandungan, kebolehgunaan, keselamatan, penyertaan dan bonus yang terdapat dalam portal laman web.

Tahun 2012 menandakan tahun ke-7 Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Laman Web (MGPWA) dijalankan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) bertujuan untuk menyokong agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan perkhidmatan dalam talian dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui laman web atau portal.

Portal myGovernment bertindak sebagai gerbang tunggal untuk agensi kerajaan di Malaysia . MGPWA juga boleh dianggap sebagai parameter portal / laman web atau rujukan bagi agensi-agensi dari segi penyampaian perkhidmatan .



Berita ini disediakan oleh Khairul Anuar Muhamad Noh, 03-89467469 dan foto oleh Shahrul Azli, 03-89466071

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568674300