Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin Wan Marzuki
![]() |
![]() |
SERDANG, 29 Ogos - Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi merasmikan 1st Research Officers National Symposium (ReONS) 2022 pada hari ini bertempat di Mini Auditorium, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.
Prof. Dr. Mohd Adzir berkata simposium itu bertujuan untuk memperkasakan serta memberi inspirasi kepada pegawai penyelidik dari universiti penyelidikan di Malaysia sebagai saintis terkemuka di masa akan datang.
"Walaupun pegawai penyelidik ini berjaya berada dalam ekosistem penyelidikan semasa dalam dekad yang lalu, saya percaya mereka perlu mendapatkan sokongan dalam memperkasakan mereka untuk menjadi saintis terkenal.
![]() |
![]() |
"ReONS merupakan salah satu usaha dan sokongan kolektif untuk mencapai objektif iaitu memperkasa dan memberi inspirasi kepada pegawai penyelidik untuk menjadi saintis terkenal," katanya.
Selain itu, ReONS bertujuan untuk memajukan ekonomi negara Malaysia berasaskan ilmu pengetahuan yang wujud melalui aktiviti penyelidikan yang intensif.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya (UM), Prof. Ir. Dr. Shaliza Ibrahim; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato. Dr. Wan Kamal Mujani; Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Zainova Lockman; Pengarah Institute of Future Energy (IFE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Arshad Ahmad, dan Pengerusi ReONS Dr. Norfaryanti Kamarudin.
Tarikh Input: 02/09/2022 | Kemaskini: 02/09/2022 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA