| Universiti Putra Malaysia

UPM Jalinkan Kerjasama Dengan Penyelidik Luar Demi Kebaikan Hutan di Paya Gambut

SERDANG, 1 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti IPB Indonesia (IPB), NICT Jepun, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan MIMOS Berhad untuk membangunkan aplikasi Internet of Thing (IoT) untuk mengembangkan sistem peringatan pencegahan awal kebakaran hutan paya gambut ini pada bengkel  Networked Asean Peat Swamp Forest Communities for Transboundary Haze Alert on Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (NET-PEAT).

Projek NET-PEAT ini dibiayai oleh Asia Pacific Telecommunity (APT) melalui International Collaborative Fund oleh kerajaan Jepun yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah kebakaran hutan gambut merentas sempadan. 

IoT itu melibatkan penyelidik daripada melalui penggunaan data IoT di dalam sistem pemantauan kebakaran gambut di Malaysia iaitu Fire Danger Rating Sytems (FDRS). 

Pengarah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, Prof. Dr. Khalina Abdan berkata, projek ini akan membantu menyelamatkan sumber hutan negara dari menghadapi bahaya terbakar dan hangus dikurangkan

“Selain itu, kepelbagaian ekologi boleh dipelihara dan pencemaran alam sekitar seperti jerebu yang mengganggu tahap kesihatan, produktiviti dan kualiti hidup, boleh dikurangkan.

“Aplikasi IoT dan FDRS ini perlu diperluaskan dan diuji di hutan paya gambut lain di seluruh negara.  Penyelesaian melalui kaedah aplikasi teknologi internet dan data FDRS ini memberi input baru di dalam membantu meningkatkan keupayaan agensi dan jabatan di dalam pengurusan  hutan berisiko terbakar di Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada bengkel ini, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim dan Pengarah NICT Asia Centre, Mr. Hisanori Nishino.

WXEUAAN~