| Universiti Putra Malaysia

UPM hargai 2 mantan Naib Canselor, ahli akademik cemerlang

Oleh Kuah Guan Oo
Gambar oleh Sabri Omar



SERDANG, 9 Mei (UPM) - Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menghargai dua mantan Naib Canselor dengan “Anugerah Khas Akademia Putra” sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka kepada pembangunan dan kemajuan universiti dan negara.

Turut diiktiraf dan diberi anugerah untuk khidmat cemerlang tahun lalu adalah 14 kakitangan akademik dan dua bukan akademik dalam satu majlis di sini.

Dua mantan Naib Canselor itu, Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, menerima Anugerah Khas Akademia Putra daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Tuanku Canselor UPM.

Seramai 13 daripada ahli akademik dan dua bukan akademik itu menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor 2012, manakala seorang lagi menerima Anugerah Perunding Cemerlang di majlis itu.

Majlis penganugerahan itu atau “Majlis Gemilang Akademia Putra – MGAP” mula diberikan sejak lima tahun lalu dalam usaha merangsang staf universiti mencapai kecemerlangan dalam khidmat masing-masing.



Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dalam ucapan beliau berkata staf akademik dan bukan akademik UPM memberikan impak positif kepada pembangunan modal insan dan kejayaan ekonomi negara.

“Ini adalah sejajar dengan misi universiti untuk memberikan sumbangan bermakna ke arah penghasilan kekayaan dan pembangunan negara dan rakyat melalui penerokaan dan penyebaran pengetahuan,” kata beliau.

Universiti itu juga, katanya, akan memastikan bahawa staf akademik dan bukan akademiknya mengamalkan budaya kerja yang dinamis, beretika dan mencapai tahap cemerlang.

“Ini adalah juga sejajar dengan usaha kita untuk merangsang kecemerlangan UPM dan mempunyai imej positif di peringkat global ke arah menjadikannya sebuah universiti bertaraf antarabangsa,”ujarnya.



Pemenang empat kategori Anugerah Fellowship Naib Canselor UPM 2012 adalah:-

 * Prof Dr Jayakaran Mukundan – Pendidik Cemerlang

 (Fakulti Pendidikan)

 * Dr Patricia King Jie Hung – Pengajar Cemerlang

   (Fakulti Pertanian dan Sains Makanan)

 * Dr Wan Zuhainis Saad – Pengajar Muda

   (Fakulti Bioteknologo dan Sains Biomolekular)

 * Dr Adlina Ab. Halim – Pengajar Muda

  (Fakulti Ekologi Manusia)

 

* Dr Ong Kian Huat – Pengajar Muda

 (Fakulti Pertanian dan Sains Makanan) 

 

* Prof Dr Maznah Ismail – Penyelidik Cemerlang

  (Institut Biosains)

* Prof Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid – Penyelidik Cemerlang

  (Institut Gerontologi)

* Dr Chin Nyuk Ling – Penyelidik Muda

  (Fakulti Kejuruteraan)

* Prof Dr Tan Chin Ping –Penerbitan Makalah Jurnal (Sains dan Teknologi)

  (Fakulti Sains dan Teknologi)

* Prof Dr Khalid Abdul Rahim – Penerbitan Makalah Jurnal (Sains Sosial)

  (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan)

* Prof Madya Dr Normahdiah Sheik Said – Penerbitan Buku

  (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi)

* Dr Shamsudin Othman – Seni dan Kreativiti

  (Fakulti Pendidikan)

* Prof Dr Ahmad Ismail – Perkhidmatan Profesional (Ahli Akademik)

  (Fakulti Sains)

* Haji Mohamed Ghazali Haji Ali – Khidmat Profesional (Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik)

 
(Pengarah Pusat Islam Universiti)

* Haji Mohd. Zailani Haji Abd. Razak – Khidmat Profesional (Eksekutif)

  (Taman Pertanian Universiti)

* Prof Madya Dr Mohd Fadlee A. Rasid – Anugerah Perunding Cemerlang

   (Fakulti Kejuruteraan ).

-- upm/kgo/agn/kam


SXDdOAW~