UPM Dipilih MAFF, Jepun Untuk Laksana Program Kerjasama Pembangunan Makanan | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM dipilih MAFF, Jepun untuk laksana program kerjasama pembangunan makanan

UPM dipilih MAFF, Jepun untuk laksana program kerjasama pembangunan makanan

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto oleh Noor Azreen Awang


Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan bersama Timbalan Ketua Delegasi, Kedutaan Jepun, Yoshinori Kodama


PUTRAJAYA, 4 Mac – Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), Jepun telah memilih Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melaksanakan program kerjasama ASEAN – Jepun di dalam mempromosikan penubuhan rantaian nilai makanan global (Global Food Value Chain, GFVC).

Pemilihan UPM berdasarkan kekuatan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang pertanian dan industri asas tani.



Perjanjian itu dimeterai oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan dengan Menteri yang juga Timbalan Ketua Delegasi, Kedutaan Jepun, Mr. Yoshinori Kodama semasa majlis perasmian simposium “ASEAN – JAPAN Cooperation Project for Human Resource Development in Food – related Areas through Partnership with Universities in ASEAN Region.

Di dalam mempromosi GFVC ini, MAFF telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dan kerjasama di antara pihak kerajaan, industri dan akademik dalam menangani isu sekuriti makanan dan kemiskinan di rantau Asia.

Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi berkata UPM berbesar hati dipilih sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari Malaysia untuk kerjasama program ini.



“Ini merupakan satu penghormatan kepada UPM dalam inisiatif Jepun untuk memperluaskan produk dan teknologi berkaitan industri makanan menerusi kerjasama universiti-universiti ASEAN.

“Program ini meliputi perkongsian makumat dan pengalaman daripada pihak industri asas tani dan makanan dari Jepun kepada pelajar IPT di negara ASEAN,” katanya.

Ia sebahagian daripada promosi penubuhan rantaian nilai makanan global(GFVC) di Malaysia.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566316490