| Universiti Putra Malaysia

UPM di ranking pertama dalam Emerging Economies University Rankings 2017


Oleh: Nor Hazlina Zamaruddin

SERDANG,  1 Dis - Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat pencapaian cemerlang apabila disenaraikan pada ranking pertama di kalangan universiti tempatan dan ranking ke-89 daripada 300 universiti antarabangsa dalam Times Higher Education BRICS & Emerging Economies Rankings 2017. 

 Pencapaian ranking ke-89 UPM itu adalah peningkatan 14 anak tangga berbanding kedudukan ke-103 pada tahun lalu.

Ranking yang diumumkan melalui laman web rasmi Times Higher Education itu turut menyenaraikan dua lagi universiti dari Malaysia yang menduduki kelompok ranking 100 terbaik iaitu Universiti Teknologi Petronas (91) dan Universiti Teknologi Malaysia (100), manakala Universiti Sains Malaysia ke-114, Universiti Kebangsaan Malaysia (136), Universiti Utara Malaysia (201-250), dan Universiti Teknologi Mara (251-300).

Penarafan itu diumumkan melalui laman web The World University Rankings  https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2017/brics-and-emerging-economies.

Naib Canselor UPM , Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata pencapaian itu merupakan kejayaan yang bermakna kerana ia meletakkan UPM sebagai antara 100 institusi pengajian tinggi terbaik dalam ranking yang membabitkan 41 buah negara itu.

“Ranking  itu adalah antara penanda aras pencapaian UPM dalam penyelidikan dan inovasi kerana lebih 60% kriteria penilaian tertumpu pada komponen penyelidikan,” katanya.

Penilaian ranking ini melibatkan universiti daripada 41 buah negara termasuk negara BRICS iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan dan negara-negara yang dikategorikan sebagai negara membangun (Emerging Economies) oleh FSTE. - UPM

 


WXDdGAr~