UPM Cemerlang, Tempat Ke-38 Dunia Ranking 'QS TOP 50 UNDER 50' | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM cemerlang, tempat ke-38 dunia ranking 'QS TOP 50 UNDER 50'

UPM cemerlang, tempat ke-38 dunia ranking 'QS TOP 50 UNDER 50'

Oleh Syifarida Muhamad Zaki


SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila buat pertama kalinya disenaraikan pada kedudukan ke-38 dalam “QS  Top 50 under 50” yang diumumkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) baru-baru ini.

Penilaian universiti dalam QS Top 50 under 50 adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama dalam QS World University Rankings (WUR) 2015 iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Ranking tersebut adalah untuk universiti yang ditubuhkan selepas tahun 1965.

“QS Top 50 Under 50” merupakan ranking yang diperkenalkan QS pada tahun 2013 dengan menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia daripada senarai universiti di bawah usia 50 tahun.

Naib Canselor UPM, Professor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata kejayaan UPM disenaraikan dalam 50 universiti terbaik dalam kelompok universiti yang berusia di bawah 50 tahun merupakan suatu pencapaian cemerlang.

“Ia adalah impak yang signifikan terhadap kemajuan UPM sejak ia ditubuhkan sebagai sebuah universiti pada tahun 1971 dan kemajuan UPM dalam meningkatkan profil antarabangsa.

“Berada pada kedudukan ke-38 terbaik dunia dengan markah 39.7 peratus untuk penyertaan pertama kali adalah sesuatu yang membanggakan dan kejayaan ini adalah hasil usaha jitu dari semua komuniti UPM dalam memastikan UPM terus cemerlang meraih reputasi antarabangsa” katanya.

Sebelum ini UPM mencapai lonjakan kedudukan yang tinggi dalam QS World University Ranking apabila berjaya memperbaiki ranking daripada 376 pada 2014 kepada 331 pada 2015.

Tahun 2015 merupakan penyertaan pertama kali UPM dalam senarai “QS Top 50 Under 50”.


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569048103