| Universiti Putra Malaysia

UPM, Borneo Forestry Cooperative meterai MoU penyelidikan perkayuan

Oleh: Hendra Rijal
Foto: Noorazreen Awang

 

SERDANG, 3 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Borneo Forestry Cooperative (BFC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangka peluang kerjasama penyelidikan dalam industri perhutanan dan perkayuan.

MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Zulkifli Idrus; Pengarah Insititut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin,; Pengerusi BFC, David Boden dan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan BFC, Hattah Jaafar.

Jalinan hubungan itu untuk menggalakkan penyelidikan berkualiti tinggi dalam industri perkayuan dan menguatkan rangkaian dalam penyelidikan pengurusan sumber bio.

UPM dan BFC akan menyediakan peluang dalam pembangunan modal insan untuk pelajar UPM bersama ahli BFC bertujuan meningkatkan status akademik dan pengetahuan dalam bidang berkaitan. - UPM

WXEUIAS~