| Universiti Putra Malaysia

UPM bincang pembangunan ekosistem projek penyelidikan Ketum dan Kanabis

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

ALOR SETAR, 20 Februari: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan kunjungan hormat bagi membincangkan pembangunan ekosistem projek penyelidikan Ketum dan Canabis di Pejabat Exco Negeri Kedah, YB. Dato’ Azman Nasruddin.

Agenda utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan hala tuju dan perancangan strategik berkaitan model pembangunan penyelidikan Ketum dan Canabis yang turut melibatkan infrastruktur serta isu keselamatan dan kelestarian melibatkan pelbagai pihak.

Kerjasama ini amat penting dalam mencapai visi Malaysia sebagai sebuah negara inovatif melalui usaha penyelidikan untuk memastikan keberkesanan estrak minyak cannabis dalam pembangunan sektor perubatan negara.

Turut hadir kunjungan tersebut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Pengarah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan dan Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop. – UPM

WXDdEAn~