| Universiti Putra Malaysia

UPM bekerjasama dengan kerajaan Libya tingkat keterjaminan makanan

SERDANG, 1 Februari- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan lawatan daripada National Economic & Social Development Board( NESDB), Libya untuk membincangkan ruang serta peluang kerjasama bagi tujuan pembangunan  negara tersebut.

UPM akan menyokong dan membantu usaha-usaha kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan terutama dalam pembangunan modal insan dan sosioekonomi kerajaan Libya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)  (TNCPI UPM), Prof. Dr. Nazamid Saari berkata, kerjasama ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus untuk UPM dan kerajaan Libya terutama dalam sektor pertanian.

"Ini kerana UPM adalah sebuah institusi pertanian berkedudukan tinggi di Malaysia menyumbang kepada agenda keselamatan makanan dengan menyokong inisiatif kerajaan dalam aspek sekuriti makanan.

"Salah satu strategi yang dilaksanakan oleh UPM untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti makanan termasuklah merapatkan jurang teknologi yang timbul antara universiti, ladang dan sektor industri," katanya.

Selain itu, delegasi NESDB, Libya turut mengadakan lawatan ke Akademi Sukan UPM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Hospital Pengajar UPM, Hospital Veterinar Universiti, Ladang 15, Farm Fresh, UPM, Sekolah Perniagaan Putra, UniPutra Golf Club dan Putra Mart UPM bagi pembangunan koloborasi antara kerajaan libya dan UPM. - UPM

WXEZTAP~