| Universiti Putra Malaysia

UPM bakal lancar Putra Future Classroom

Oleh Noor Eszereen Juferi & Khoirun Nisa Ahmad

Foto oleh Noor Azreen Awang

 

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal melancarkan Putra Future Classroom yang akan menjadi pusat rujukan amalan terbaik pengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua pihak di dalam dan di luar negara.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata Putra Future Classroom ditubuhkan bermatlamat untuk menyediakan prototaip bagi ruang bilik darjah atau bilik kuliah pendidikan masa hadapan.

 

“Saya yakin, melalui Putra Future Classroom ini, ia dapat menjadi salah satu medium untuk menerokai amalan terbaik bagaimana budaya ilmu akan diadunkan secara kreatif dan inovatif bagi mendepani perubahan masa depan,” katanya.

 

Beliau berkata, Putra Future Classroom turut mendapat sokongan dan khidmat nasihat perundingan teknikal daripada beberapa rakan universiti antaranya Huawei Malaysia, Tanand Technology, Ingeniwoks, Clouston Landscape, Microsoft Malaysia, Open Learning Australia dan Malaysia, Path Green Energy, Amanah Hartanah Bumiputera dan Pelaburan Hartanah Berhad

 

“Harapan saya Putra Future Classroom akan menjadi salah satu program flagship UPM yang berupaya memberikan manfaat kepada semua pihak di dalam dan luar UPM,” katanya.

 

Penyelaras Putra Future Classroom, Prof. Madya Dr. Habibah Ab. Jalil berkata Putra Future Classroom bertepatan dengan matlamat universiti bagi memastikan perisian aktiviti bilik darjah dan bilik kuliah masa hadapan akan sentiasa melihat ke hadapan mendepani perubahan dalam era digital Revolusi Industri 4.0 dan Gagasan Pendidikan 4.0.

 

“Putra Future Classroom menggunakan pendekatan pembelajaran serta pengajaran terkini yang interaktif, teradun dan virtual realities, internet of things, data analytics dan artificial intelligence berpandukan kepada teras falsafah pendidikan yang menjadi dasar setiap perencanaan PFC,” katanya.

 

Putra Future Classroom juga berperanan sebagai ‘launching pad’ dan ‘test pad’ sampel kelas atau bilik kuliah abad ke-21 yang akan sentiasa mengalami perubahan selaras dengan matlamat. - UPM

 

 

 

 

SXDdQA1~