| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Sembang Ekonomi Bersama MIDF


Oleh: Lee Zen Yi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 26 Mei – Kira-kira 70 pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (UPM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM) UPM serta Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF), menganjurkan program “Sembang Ekonomi Bersama MIDF” untuk mendedahkan pelajar kepada isu ekonomi semasa terus dari kaca mata pakar industri.

Pengarah program, Lee Zen Yi berkata pelajar itu dari Kursus Ekonomi Malaysia  (ECN3161) dapat berinteraksi dengan penceramah jemputan berkaitan isu semasa membabitkan negara.

“Forum itu adalah program outreach MIDF yang bertujuan mendedahkan pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya pelajar yang mengikuti kursus ekonomi untuk memahami isu sebenar ekonomi negara.

“Antara isu menarik yang disentuh ialah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penyusutan nilai ringgit dan hutang isi rumah,” katanya.



Penceramah jemputan ialah Ketua Ekonomi Bahagian Penyelidikan MIDF, Dr. Kamaruddin Mohd Nor dan Aslam Ilman Zulkiflee.

Program bermula dengan Dr Kamaruddin memberi penerangan ringkas mengenai MIDF. Encik Aslam bercakap mengenai TPPA manakala Dr. Kamaruddin berhubung isu yang berkaitan dengan ekonomi negara.



Program itu mendapat sambutan baik daripada kalangan pelajar jurusan Ekonomi UPM yang menyertai secara aktif ketika sesi soal jawab dengan ahli panel.

Forum dengan Siew Jun Xiong sebagai moderator juga diadakan dengan sesi soal jawab turut mendapat sambut baik oleh pelajar. Semua soalan oleh moderator dan peserta dijawab secara komprehensif oleh ahli panel. - UPM


SXDdIA3~