| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Projek Putra Bakti Hope Soap beri kesedaran pentingnya cuci tangan

SERDANG, 31 Julai – Putra Bakti dan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pelajar subjek FEM 3201 Pengurusan dan Pembuatan Keputusan dan Sahabat Masjid UPM telah mengadakan Projek Putra Bakti Hope Soap bagi memberi kesedaran penting untuk mencuci tangan untuk kesihatan.

Projek itu merupakan satu inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada komuniti berkaitan penjagaan kebersihan diri yang berfokuskan kanak-kanak sebagai golongan sasaran. Sesi pertama bengkel penyediaan sabun pada Jun 2022 yang diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas, IBS.

Selain itu, 180 buku sabun telah dihasilkan dengan menggunakan permainan mini kanak-kanak yang disumbangkan oleh orang ramai. Kemudiannya, sesi kedua penyediaan sabun telah diadakan pada Julai 2022.

Sabun tersebut mempunyai permainan mini di dalamnya diharap dapat menarik minat kanak-kanak untuk sentiasa membasuh tangan bagi memastikan tangan sentiasa bersih dari kuman.

Sementara itu, permainan kanak-kanak diletakkan ditengah sabun sebagai ganjaran kerana menggunakan sabun sehingga habis untuk membersihkan diri.  - UPM

SXETPA~