| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Program KASIH, pupuk semangat cinta alam sekitar melalui aktiviti kesukarelawanan

Oleh: Norezzati Md Hanafiah

KUALA SELANGOR, 23 Sept – Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan (CMSSU), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan

“Program Memperkasa Amal Melalui Sukarelawan Ihsan Hospital” (KASIH) bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui aktiviti sukarelawan.

Program dengan kerjasama Putra Bakti dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM telah menjalankan aktiviti “Plogging@Pantai Remis” di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Pegawai Psikologi Kanan, CMSSU, HSAAS, UPM, Rafidah Sadarudin berkata, aktiviti plogging yang dijalankan di kawasan Pantai Remis merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menyediakan ekosistem yang lebih bersih dan sihat untuk didiami.

“Program yang julung kali diadakan bukan sahaja dijalankan untuk memberikan penekanan terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar malah secara langsung memupuk semangat berpasukan  di kalangan staf HSAAS UPM,” katanya.

Selain itu, sebanyak 49 plastik sampah dengan jumlah berat sebanyak 32 kilogram telah dibersihkan oleh Sukarelawan KASIH HSAAS.

Dalam pada itu, program ini diharapkan menjadi titik tolak dalam usaha pemupukan rasa cinta akan alam sekitar serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat khususnya warga UPM.

SXFWJAm~