| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Kursus Arkeologi dan Antropologi Forensik


Oleh Khairul Ziana Kinainah
 

SERDANG, 28 Mac  - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Perubatan Forensik Negara dan Jabatan Forensik Hospital Serdang menganjurkan Kursus Arkeologi dan Antropologi Forensik 2016 bertempat di Bukit Eskpo, UPM.

Peserta kursus terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan, Jabatan Anatomi Manusia, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM,  Jabatan Forensik Hospital Serdang, Angkatan Tentera Malaysia serta dari universiti awam.

Pengisian kursus adalah berkaitan cara dan proses untuk mencari tulang yang tertanam dalam tanah serta cara mengesan tapak yang mengandungi tulang untuk dikenalpasti identitinya.



Kursus diadakan dari 28 Mac hingga 30 Mac 2016 dan dirasmikan oleh Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara, Dr. Mohd Shah  Mahmood.

Katanya, kursus seperti itu akan memberi manfaat kepada peserta.

“Diharapkan kerjasama seperti ini akan berterusan kerana ia penting untuk peserta mendalami prinsip dan teknik khas serta kaedah dalam menyelesaikan kes perundangan perubatan yang semakin meningkat di negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, serta pegawai dari pejabat kedutaan Argentina. - UPM


SXDdKA3~