| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur ICAN 2017 meraikan sumbangan rakan industri dan komuniti

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Norazreen Awang

 

SERDANG –  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur majlis Apresiasi Industri dan Komuniti UPM  (ICAN 2017) bagi meraikan sumbangan rakan industri dan komuniti serta penganugerahan untuk program jaringan industri dan masyarakat berimpak tinggi.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata peranan universiti tidak hanya terbatas dalam penciptaan dan penyebaran ilmu malah berperanan untuk memastikan graduan memenuhi keperluan industri semasa.

“UPM menerima pandangan serta idea dari pihak industri dan komuniti untuk  memperkasakan silibus pengajian semasa proses penggubalan atau pengemaskinian kurikulum pelajar agar seiring dengan kehendak industri,” katanya.

Tambah beliau, UPM sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan platform kerjasama antara universiti-industri-komuniti  dilihat saling lengkap melengkapi.

“Tanpa hubungan ‘reciprocal’ ini, kitaran kemapanan industri akan menjadi pendek sekiranya tiada sokongan penyelidikan dan prestasi universiti juga akan menjadi rendah sekiranya produk universiti tidak relevan dengan industri, mahupun komuniti,” katanya.

Sementara itu, turut diadakan Pelancaran Buku Industry-Community Engagement A University Framework (Second Edition) yang memaparkan senarai terkini masalah sosial dalam negara yang telah dikenal pasti melalui kajian pakar-pakar sosial dari UPM dan juga bagi menjadikan kerelevanan dalam menjalankan aktiviti jaringan industri dan masyarakat di peringkat universiti.

Selain itu, majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara UPM dengan Natural Health Farm Sdn. Bhd. dimeterai untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang natural product and kanser. NHF Sdn. Bhd.  menyumbang sebanyak RM 5,000  di tabung amanah Pejabat TNC (JINM).

Satu persetujuan persefahaman antara Institut Penyelidikan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan Natural Health Farm Sdn. Bhd. telah dimeterai untuk menjalankan penyedikan dalam bidang natural product and cancer. Pada Majlis hari ini NHF Sdn. Bhd. juga telah menyumbang sebanyak RM 5,000 ke dalam tabung amanah Pejabat TNC (JINM).

Pelajar Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian UPM, Gary Herman menerima biasiswa dari Tan Sri Lim Goh Tong Endowment Fund untuk tahun 2017.

President & COO Genting Plantations Berhad, Yong Chee Kong menyerahkan biasiswa tersebut dengan disaksikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo.

Acara kemuncak majlis kali ke-6 itu adalah penganugerahan kepada industri serta masyarakat dalam projek-projek berimpak tinggi, penglibatan pusat tanggungjawab (PTJ), staf UPM dan pelajar UPM yang cemerlang dalam hubungan dengan industri dan masyarakat.

Bagi Anugerah Rakan Industri Terbaik diterima oleh PLUS Berhad; Mitsubishi Corporation dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Staf Akademik) iaitu Pensyarah Kanan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Prof. Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid  dengan projek “Majlis Penanaman Pokok UPM-Mitsubishi Corporation” dan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Azmawani Abd. Rahman dengan projek “ SME@UPM 2016”.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Staf Bukan Akademik), Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Muhammad Hafiz Hanafi dengan projek 2nd Knowledge Sharing in Nuclear Medical Imaging and Basic Life Support.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Pelajar), dengan projek Program Kejurulatihan, Kepimpinan dan Keusahawanan Rekreasi Luar (K3) Fakulti Perhutanan, Pelajar Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan, Iqwan Alif Jaafar.

Selain itu, Rakan Komuniti dimenangi oleh Komuniti IADA-KETARA, Besut, Terengganu dengan projek; Komuniti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang, projek Sekolah Selamat  Antarabangsa Pertama di Malaysia dan Komuniti Guru Matematik Daerah Hulu Langat (Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor), projek Transformasi Minda Guru Matematik Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat Ke Arah Menujah Pantas Keputusan TIMSS 2019.

Projek Komuniti Terbaik (Staf Akademik) dimenangi oleh Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, program Guru Celik Bahasa Kebangsaan SJK (T) dan Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan dengan projek Transformasi Usahawan IADA-KETARA II, Besut.

 

Projek Komuniti Terbaik (Staf Bukan Akademik) dimenangi oleh PusatSumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), Syaakiratul Hasanah Rossidi, projek Pengesahan Awal Kanser@Putra Bakti dan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Mohd Hambali Mohd Jailani, projek Peningkatan Teknologi Hasil Pengeluaran Kenaf oleh Petani.

 

Projek Komuniti Terbaik (Pelajar), Pelajar Fakulti Pertanian, Ahmad Sofwan Abdul Razan, projek Mersing Agricultural Transformation Sceme (MATS).

 Bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Ekologi Manusia dan Institut Biosains. - UPM

WXEXTAM~