| Universiti Putra Malaysia

Tiga pelajar UPM terima biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di sini.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad S hah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan biasiswa Peringkat Doktor Falsafah (PhD) kepada pelajar Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM, Mogesh a/l Sababathy dalam pengkhususan Clinical Health (Stem Cells).

Selain itu, baginda turut mengurniakan biasiswa peringkat sarjana (Master) kepada Nur Amirah Syafiqah Salman dalam pengkhususan Agro Science dan Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar dalam pengkhususan Analytical Chemistry.

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berharap dengan penerimaan BYDPA oleh tiga pelajar UPM itu akan menjadi contoh serta inspirasi kepada pelajar UPM yang lain.

“Dengan pemberian biasiswa tersebut secara langsung membantu pelajar dari segi kewangan agar lebih fokus dalam mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketiga-tiga pelajar UPM yang berjaya menerima biasiswa BYDPA dan berjaya untuk terus memacu kecemerlangan di dalam bidang pengajian masing-masing sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

 

Sementara itu, BYDP mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan penerima diberi penajaan untuk pengajian di universiti penyelidikan dalam negara dan universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. - UPM

WXEZNAK~