| Universiti Putra Malaysia

TEDx Universiti Putra Malaysia platform pelajar UPM suara idea


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 4 Jun – UPM International Student Association (UPMISA) menganjurkan program antarabangsa TEDx Universiti Putra Malaysia sebagai platform kepada pelajar UPM menyuarakan idea serta berkongsi pandangan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata program itu memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti bertaraf antarabangsa serta meningkatkan jaringan bersama pelajar antarabangsa.

“TEDx Universiti Putra Malaysia dihadiri oleh peserta dari pelbagai latar belakang bertujuan membantu masyarakat, organisasi dan individu untuk memberi motivasi melalui pengalaman serta turut memberi pelajar UPM peluang berinteraksi,” katanya.


Prof. Dr. Mushtak Al-Atabi


Penyelaras program, Maymouna Yousif berkata program TEDx Universiti Putra Malaysia yang bertemakan Breaking Barriers adalah platform terbaik untuk UPM menjadi tuan rumah daripada segi publisiti dan visibility di seluruh dunia.

“TEDx Universiti Putra Malaysia dihadiri peserta daripada pelbagai latar belakang yang terdiri daripada pelajar ijazah pertama dan lepasan ijazah, penceramah, jurulatih dan pengamal swasta tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Antara speaker jemputan ialah Prof. Mushtak Alatabi, Yusintha Zemira, Prof. Madya Christophe Wairt, Dr. Mahaletchumy Arujanan, Dr. Neela Mehan M, Ester Law, Matthias Gelber, Ariffin Marzuki Mokhtar, Getrude Johnson Navis, Jacky Cheng dan Rami Alafandin. - UPM


SXDdCA~