| Universiti Putra Malaysia

Tack Fai penembak UPM bidik emas 10 meter air pistol

Liew Tack Fai (tengah) bersama pemenang pingat perak acara 10m air pistol, Ahmad Zhafri Zamil (kiri) dan pemenang ketiga, Jasmi Mohamad Zin


SUBANG, 31 Okt- Penembak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan pelapis kebangsaan, Liew Tack Fai berjaya mempamerkan kehebatan apabila menyumbang sebutir pingat emas kepada UPM dalam acara 10 meter Air Pistol lelaki pada temasya Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 pada hari kedua.

Selain itu, Tack Fai turut meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter Air Pistol berpasukan lelaki bersama dua rakan sepasukannya, Mohd Zul Fadzli Alias dan Muhammad Hassanul Adzhar Mohd Badrin pada saingan di Lapangan Sasar Kebangsaan Subang.

UPM masih mendahului kontinjen lain dalam kedudukan kutipan pingat dengan meraih 10 emas, 3 perak dan 3 gangsa SUKIPT 2012.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tack Fai dan rakan sepasukan beliau daripada UPM atas kejayaan di SUKIPT 2012.



SXDcRAY~