| Universiti Putra Malaysia

Sultan Sharafuddin mahu UPM terus perkukuh peranan Menara Ilmu

Oleh: Noor Eszereen Juferi
 
 
SERDANG, 26 November – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Sultan Selangor, Canselor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuhkan peranan UPM sebagai sebuah Menara Ilmu.
 
Baginda bertitah pengurusan UPM sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk mengangkat UPM sebagai Menara Ilmu melalui peningkatan kualiti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional terhadap masyarakat.
 
“Beta percaya bahawa pendidikan yang berkualiti merupakan teras pada kesempurnaan pembangunan negara dan peranan universiti bukan sahaja untuk menyediakan graduan yang dapat penuhi pasaran kerja tetapi juga melengkapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-46 Sidang 2 UPM di sini, hari ini.
 
Baginda turut berbangga UPM terus mengekalkan reputasi sebagai universiti paling lestari di negara untuk tempoh 12 tahun berturut-turut.
 
“Beta berharap Sultan Idris Shah Forestry Education Centre dapat bermanfaat untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan perkembangan khususnya dalam bidang perhutanan,” titah baginda.
 
Hutan Simpan Kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka panjang dapat membantu kajian mengenai kandungan flora dan fauna kepelbagaian biologi serta kesan aktiviti manusia ke atas ekosistem hutan.
 
Seiring dengan perkembangan teknologi dan integrasi sistem digital, UPM mahu menjuarai agenda pertanian berteknologi tinggi dan akan menawarkan Program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar pada Semester Pertama, Sesi 2022/2023.
 
Baginda turut melihat pengurusan Universiti sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk mengangkat UPM sebagai sebuah Menara Ilmu melalui peningkatan kualiti pengajaran, peneylidikan dan perkhidmatan profesional terhadap masyarakat.
 
Pada majlis konvokesyen hari ini, baginda mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Bacelor dan Diploma kepada 718 graduan pelbagai program pengajian.
 
Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan mengurniakan Penerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan kepada pemenang Nobel Peace Laureate Profesor Dr. Muhammad Yunus dan Pengurniaan Gelaran Profesor Emeritus (secara Anumerta) kepada Allahyarhamah Profesor Dr. Mahiran Basri.
 
Tuanku Canselor UPM turut menyampaikan hadiah kepada semua Pemenang Hadiah Universiti iaitu Tuanku Canselor juga berkenan mengurniakan hadiah kepada semua Pemenang Hadiah Peringkat Universiti Sesi 2021/2022.
 
Beta menyeru para graduan sentiasa berjuang untuk meningkatkan martabat ibu bapa, keluarga dan negara ke peringkat yang lebih tinggi dengan ilmu yang dipelajari.
 
Tuanku canselor turut menggesa graduan perlu menyanjung tinggi perlembagaan dan undang-undang negara agar bebas daripada salah satu laku yang boleh mencalarkan maruah keluarga, bangsa dan negara sekali gus menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan integriti tinggi dalam memajukan negara yang dicintai.

SXDdSA3~