| Universiti Putra Malaysia

Status OKU menjadi kekuatan untuk meneruskan pengajian sehingga PhD

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM
 
 
SERDANG, 26 November- Status sebagai seorang insan istimewa Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menghalang Dr. Arul Das A/L Arumugam untuk menamatkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di bidang Bahasa Melayu pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 Sidang 2 pada hari ini.
 
Dr. Arul Das merupakan seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lenggeng, Negeri Sembilan juga merupakan individu kurang upaya fizikal.
 
Pesanan daripada pensyarah beliau untuk menjaga niat, sentiasa berusaha dan menjadikan kesakitan sebagai kekuatan menjadi inspirasi untuk beliau meneruskan pengajian sewaktu menyambung pelajaran di peringkat Master.
 
 
“Jasa dan sokongan guru dan pensyarah menjadi penguat untuk saya menambah ilmu dan mencari pengalaman dan saya menyambung pengajian saya di sini untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan Bahasa Melayu,” katanya.
 
Tambah beliau, layanan yang diberikan di UPM umpama sebuah keluarga.
 
Sebagai seorang pendidik, beliau tidak memilih kasih dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar beliau malah beliau menanamkan sifat percaya kepada diri sendiri dalam diri anak didik beliau.
 
Arul Das akui ada beberapa cabaran sebagai seorang pendidik namun usaha beliau telah menjadi inspirasi kepada anak didik beliau untuk berjaya. - UPM

SXEZSAp~