| Universiti Putra Malaysia

Serdang Angels cipta kejuaraan hatrik Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2016


Oleh: Nurulasyikin Tuan Mustapha dan Noorhidayah Abdul Latif
Foto: Sportflex Malaysia

SERDANG, 20 Nov – Pasukan ragbi Universiti Putra Malaysia, Serdang Angels mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Super 8 (IPT) apabila muncul juara edisi 2016, sekali gus mencipta kejuaraan hatrik kejohanan itu apabila menumpaskan UiTM Lions pada perlawanan akhir.

Serdang Angels mempamerkan aksi menarik untuk menundukkan UiTM Lions  49-27 pada Kejohanan Ragbi Super 8 ( IPT) 2016 itu yang diadakan di Stadium UPM Serdang.

Selepas mendahului 20–7 pada separuh masa pertama, Serdang Angels meneruskan momentum dengan  melancarkan gerakan menarik meskipun cuba diberi tentangan oleh UiTM Lions.

Serdang Angles kekal fokus sepanjang aksi final untuk dinobatkan juara Kejohanan Ragbi Super 8 ( IPT) 2016. 

Selaku juara, Serdang Angels menerima trofi dan wang tunai RM5,000. - UPM


WXETUAk~