| Universiti Putra Malaysia

Sahabat Masjid UPM sumbang pek sarapan kepada Hospital Serdang

SERDANG: Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbang 100 pek juadah sarapan pagi kepada petugas barisan hadapan Hospital Serdang, 16 Oktober lalu.

Pengerusi Sahabat Masjid UPM, Bukryman Sabri berkata sumbangan itu sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada petugas barisan hadapan hospital berkenaan yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit, terutama ketika pandemik COVID-19 sekarang.

Petugas barisan hadapan itu terdiri daripada staf perubatan hospital berkenaan.

Beliau berharap mereka diberikan kekuatan dan keselamatan oleh Allah SWT, serta sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran dan tugas. - UPM 

WXDdEAa~