| Universiti Putra Malaysia

Safe Kids Malaysia UPM lancar program pencegahan kebakaran bagi murid sekolah

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Nor Azreen Awang

SERDANG, 20 Feb â€“ Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan program pencegahan kebakaran kepada kanak-kanak sekolah rendah berumur lapan hingga 12 tahun yang akan dimulakan di sembilan sekolah di sekitar Sentul, Kuala Lumpur

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata program yang julung kali diadakan diharap akan dimanfaatkan bukan sahaja kepada murid sekolah malah ibu bapa dan sekolah yang bakal terlibat.

“Ini merupakan program yang pertama kali dilaksanakan di negara ini dengan menggunakan modul yang terperinci mengenai topik tersebut dan projek rintis akan bermula pada April hingga Julai 2017 yang akan merangkumi 6,000 pelajar sekolah rendah,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata kerjasama itu memberi peluang kepada UPM untuk memperkenalkan pakar yang sedia ada untuk memperkembangkan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Sebagai universiti penyelidikan yang terkemuka, semua ahli akademik digalakkan secara aktif terlibat dalam penyelidikan serta menyebarkan hasil kajian untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dan industri,” katanya.

Pada majlis tersebut, Datuk Halimah melancarkan laporan penyelidikan yang baharu iaitu “How Safe is Your Home?”, Protecting Children from Fire, Burns and Scalds in Kuala Lumpur”. Turut menyaksikan pelancaran tersebut, Presiden Honeywell ASEAN, Mr. Briand Greer, dan Pengarah Honeywell Hometown Solutions, Kerry Kennedy.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia UPM, Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani berkata program dengan kerjasama Safe Kids Worldwide USA dan Honeywell itu diharap akan diperluaskan di sekolah-sekolah daerah lain di masa akan datang.

“Melalui hasil daripada kajian rintis kelak saya berharap murid sekolah daripada daerah lain bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di negeri lain akan diberi peluang untuk menyertai program ini,” katanya. - UPM

SXDdEAb~