| Universiti Putra Malaysia

Program penanaman buah-buahan tempatan inisiatif UPM dan RHB Banking Group dapat dimanfaatkan pada masa depan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sabri Omar

 

PUCHONG, 20 Ogos: Kempen Penghijauan Malaysia 2022 Nephelium Tree Replanting ialah inisiatif Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Group Compliance RHB Banking Group untuk menanam pokok buah-buahan tempatan pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Program CSR antara UPM dan Group Compliance RHB Banking Group adalah sebuah program yang sangat memberi makna kepada masa depan agar buah tempatan spesis Nephelium Lappaceum (rambutan) dan Naphelium Mutable(pulasan) dapat dimanfaatkan,  dikekalkan dan terus dikenali masyarakat.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Masyarakat), Prof. Dr. Ir. B. T. Hang Tuah Baharudin, penanaman buah rambutan dan pulasan adalah satu inisiatif yang cukup bagus untuk belajar menanam buah-buahan tempatan yang ada di negara kita ini.

“Hari ini Pusat Pertanian Putra UPM, memberi ilmu kepada staf RHB Bank bagaimana menanam pokok rambutan dan pulasan dengan teknik yang betul agar hasilnya dapat dimanfaatkan pada masa depan.

“Hasil tanaman buah rambutan dan pulasan hari ini adalah perjalanan besar antara RHB dan UPM dalam sektor pertanian dan masa depan,” katanya.

Seramai 60 orang staf Group Compliance RHB Banking Group menyertai program CSR menanam pokok buah-buahan tempatan yang telah dianjurkan di Pusat Pertanian Putra UPM.

Turut hadir bagi program CSR hari ini, Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)

Prof. Dr . Shamsul Bahri Hj Md Tamrin, Pengarah Pusat Pertanian Putra, Prof. Madya Dr Siti Zaharah Sakimin dan Group Managing Director (MD) dan Group Chief Executive Officer (CEO) RHB Bank Berhad, Mohd Rashid Mohamad. -UPM

SXDcWAq~