| Universiti Putra Malaysia

Program Lets Listen To Nature 6.0 tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar di kalangan remaja

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Sofea Nadira Mohd Sazali, Abraham Soidi, Nurul Asnaashilla Shaari, Mohamad Mukhriz Muzani Irwan dan Aishah Perkins


SERDANG, 12 Jun – Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada peringkat umur 12 hingga 19 tahun telah menyertai program Let’s Listen to Nature 6.0 (LLTN6.0) 2022 anjuran Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program yang bertemakan “ Shelter Nature, Assured Future ” bertujuan untuk memberikan kesedaran berkenaan alam semula jadi dan kepentingan pemeliharaannya kepada para peserta Genius Remaja B40 dari PA Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur.

Program yang bertemakan “Shelter Nature, Assured Future” bertujuan untuk memberikan kesedaran berkenaan alam semula jadi dan kepentingan pemeliharaannya kepada para peserta Genius Pintar dari PA Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur.

Penasihat program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir  berkata beliau berharap agar program itu dapat dilaksanakan lagi pada sesi pembelajaran akan datang dengan lebih banyak penambahbaikan dan idea-idea yang lebih menarik. 

Pengarah program, Sofea Nadira Mohd Sazali berkata beliau bersyukur kerana perancangan dan usaha yang telah diberikan selama beberapa bulan bagi pelaksanaan program ini telah membuahkan hasil yang positif dan ia telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

“Saya harap setiap peserta mendapat pengetahuan, kesedaran dan dapat mengaplikasikan ilmu dari program Let’s Listen to Nature 6.0 2022 dalam aktiviti harian demi menjaga kesejahteraan alam semula jadi,” katanya.

Selain itu, program itu telah merangka dua aktiviti utama yang dilihat bertepatan untuk mencapai matlamat-matlamat program, iaitu Modul 1: Stronger Together dan Modul 2: Nature Race. Fokus utama program dapat dicapai melalui pelaksanaan modul 2 iaitu Nature Race yang meliputi enam sub-aktiviti atau checkpoint.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan mempunyai bentuk permainan untuk menarik minat dan tumpuan para peserta terhadap kandungan permainan iaitu alam semula jadi dan kepentingan pemeliharaannya. Maka, para peserta dapat belajar dan bermain pada waktu yang sama.

Program dimeriahkan lagi dengan sesi pemberian hadiah dan penghargaan kepada para peserta terutamanya peserta yang menyerlahkan potensi dan kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi dalam setiap aktiviti.

Tajaan dan sokongan daripada Fakulti Sains, UPM, Kelab Mahasiswa Biologi dan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah memberi peluang kepada pihak penganjur untuk melakukan program yang lebih baik. - UPM

WXEaGA~