Prof. Datin Dr Faridah Hanum Dilantik Anggotai Badan Biodiversiti Dan Ekosistem | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Prof. Datin Dr Faridah Hanum dilantik anggotai badan biodiversiti dan ekosistem

Prof. Datin Dr Faridah Hanum dilantik anggotai badan biodiversiti dan ekosistem

Oleh Azman Zakaria


SERDANG, 9 Sept - Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim dilantik menganggotai Intergovernmental Science-Policy Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES), yang beribu pejabat di Bonn, Jerman.

Beliau dilantik dalam badan antarabangsa itu sebagai Coordinating Lead Author (CLA) for Assessments on Biodiversity and Ecosystem Services for Asia and the Pacific Region. Pelantikan itu dimaklumkan melalui surat oleh Setiausaha Eksekutif IPBES.

IPBES adalah badan antara kerajaan yang bebas, yang diwujudkan pada 21 April 2012 oleh 94 buah kerajaan bagi memperkukuhkan dasar-sains ‘interface’ bagi kepelbagaian bio dan perkhidmatan eko sistem bagi pemuliharaan dan penggunaan kepelbagaian bio, kesejahteraan jangka panjang manusia serta pembangunan mapan.

Setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh menyertai platform itu, dan anggotanya komited untuk menjadikan IPBES sebagai peneraju badan antara kerajaan dalam menilai keadaan kepelbagaian bio, eko sistem dan menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat.  

Menurut surat pelantikan itu, terdapat arah aliran yang positif seperti peningkatan kesedaran, litupan hutan dan kawasan yang dilindungi serta pengurangan jejak kawasan karbon di rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun ia menyatakan, dalam lingkungan skop generik, penilaian bagi rantau Asia Pasifik akan berdepan cabaran di seluruh rantau itu termasuk perubahan iklim serta kesannya ke atas alam semulajadi dan manusia, pertambahan populasi, kemiskinan, serta penggunaan sumber semula jadi.

Menurut surat itu, isu secara spesifik bagi wilayah-wilayah kecil Asia Pasifik juga akan ditangani, seperti makanan, sekuriti air dan tenaga, kepelbagaian bio dan kesihatan, pengurusan sisa, serta kerjasama pengurusan eko sistem kritikal yang dikongsi lebih daripada satu negara. – UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568815228