PPUPM, MPP, Putra Bakti, WAZAN Laksana Aktiviti Plogging Di Pantai Remis | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » PPUPM, MPP, Putra Bakti, WAZAN laksana aktiviti plogging di Pantai Remis

PPUPM, MPP, Putra Bakti, WAZAN laksana aktiviti plogging di Pantai Remis

Oleh: Azman Zakaria


KUALA SELANGOR: Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (PPUPM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Putra Bakti serta Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM (WAZAN) menjalankan aktiviti plogging di Pantai Remis, di sini, 3 Oktober lalu.

Aktiviti yang dijalankan bersama penduduk setempat itu turut membabitkan 30 orang exco dan ahli PPUPM, 15 orang asnaf setempat dan 10 pelajar UPM.

Plogging atau aktiviti berjalan sambil memungut sampah itu adalah ke arah menyokong Malaysia Bersih daripada sampah sarap.

Menurut kenyataan PPUPM, ia juga bertujuan memupuk budaya mahu melihat kebersihan alam dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan bersama-sama komuniti setempat.

Program itu juga untuk menimbulkan kesedaran melalui taklimat yang disampaikan untuk sama-sama membantu ke arah kelestarian alam.

Melalui aktiviti itu, peserta dapat bersama komuniti dalam melaksanakan program yang memberi impak daripada segi kebersihan alam.

Ia juga menunjukkan kesungguhan warga kampus untuk bersama komuniti setempat dalam program yang memberi manfaat bersama. - UPM

Tarikh Input: 14/01/2021 | Kemaskini: 14/01/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUJXWA1:22:20