| Universiti Putra Malaysia

Pesta Ang Pau 2016 memperkenalkan keunikan budaya Zhong Hua kepada pelajar UPM


Oleh: Mohd Hasrul Hamdan
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 6 April – Persatuan Senibudaya Zhong Hua, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Pesta Ang Pau (PAP) 2016  bagi memperkenalkan keunikan budaya Zhong Hua pada pelajar UPM serta mengukuhkan persefahaman pelajar pelbagai bangsa di kampus. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dato’ Mohammad Shatar Sabran berkata penglibatan pelajar dalam program itu membolehkan pelajar membangunkan soft skills serta pendedahan dalam bidang baharu.

“Pengetahuan dan kemahiran insaniah akan menjadi gabungan asas yang  boleh dimanfaatkan oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran dan kerjaya, malah untuk kegunaan masa depan kelak,” katanya.



Turut hadir pada program tersebut Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan, Chin Hua Yik yang mewakili Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Cua Tee Yong.

Pengarah program PAP 2016, Yee Chee Xiong berharap pelajar akan menghayati kepentingan dan amalan sambutan Tahun Baru Cina agar tradisi turun temurun itu tidak tenggelam di bawah arus globalisasi dan serba moden ini.

“Selain itu, penglibatan pelajar dalam program turut memberi pemahaman mengenai sambut ini serta merapatkan hubungan pelajar serta masyarakat dari pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Selain itu, program itu yang bertemakan ‘Xu Ri Sheng Hui Si Zhuo Yu, Yi Cai Fen Cheng Di Shi Yi’ membawa maksud perubahan dalam pemikiran serta pelaksanaan yang sewajar akan dikejar demi pencapaian dan kejayaan yang lebih cemerlang sejajar.

Sementara itu, penganjuran kali ke-11 PAP 2016 telah menjalankan pelbagai aktiviti sejak 29 Mac lalu antaranya persembahan kebudayaan, persembahan teater, permainan serta pameran yang berunsur budaya kaum cina.  - UPM


WXEZEAv~