| Universiti Putra Malaysia

Penyelidik UPM menang ‘Newton-Ungku Omar Fund’


Oleh: Dr. Mohammad Jawaid

PUTRAJAYA – Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini memenangi Newton-Ungku Omar Fund  (NUOF) yang diwujudkan oleh kerajaan United Kingdom (UK) dan Malaysia.

Ketua Projek, Felo Penyelidik, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, Dr. Mohammad Jawaid berkata projek itu akan memperkukuhkan hubungan  “Penyelidikan dan Inovasi” UK-Malaysia dalam mempercepatkan penyaluran pengetahuan.

“Usaha penyelidikan akan mempertingkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan mengurangkan risiko penyakit berjangkit yang merebak oleh patogen bawaan makanan dalam daging atau sayur-sayuran dan sisa pepejal bandar  daripada plastik di tempat pembuangan sampah,” katanya.

Katanya, projek bertajuk “Safe Biodegradable Packaging” (SafeBioPack) itu menerima geran RM5.3 juta dengan dua Rakan Industri Malaysia; Eco Premium Packaging (M) Sdn. Bhd. dan PolyComposite Sdn. Bhd.

“Peneraju Rakan UK - Nextek Ltd, Biocomposite Centre-Bangor University-UK dan rakan industri UK - Parkside Flexibles (Europe) Ltd, Scitech Adhesive Systems Ltd, dan Tesco akan melaksanakan projek ini dengan Rakan Industri Malaysia,” katanya.

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata kriteria untuk menjadi penerima dana ini ialah institusi mesti mengemukakan penyelidikan bersama dengan institusi pendidikan di UK dan mesti memberi faedah kepada masyarakat.
“NUOF dikendalikan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) bersama UK (RCUK) Innovate dan UK Research Council sebagai agensi  eksekutif,” katanya.

He added, MIGHT memaklumkan bahawa lima universiti Malaysia telah dipilih sebagai penerima dana penyelidikan NUOF.

Yang turut hadir pada majlis Anugerah Geran Newton itu ialah Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila; Pengarah INTROP, Prof Dr. Paridah Mohd Tahir; Dekan Fakulti Kejuruteraan. Prof. Madya Ir. Dr. Azmi Dato’ Yahya; Prof. Madya Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan (AMRC); Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa'ari (INTROP), dan Dr. Harmaen Ahmad Saffian (INTROP).

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Paul Rennie juga hadir bersama wakil Innovative-UK dan RCUK-UK.  – UPM


 


WXETQA~