| Universiti Putra Malaysia

Pensyarah UPM wakili negara ke Mesyuarat ke-71 Lindau Nobel Laureate

Oleh: Noor Eszereen Juferi

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sazlinda Kamaruzaman dipilih sebagai saintis muda negara oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai wakil negara ke Mesyuarat Lindau Nobel Laureate ke-71 di Jerman.

Presiden ASM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Asma Ismail berkata program itu yang bermula dari 27 Jun hingga 1 Julai ini adalah platform bagi saintis muda membina jaringan serta memperkukuhkan kerjasama bersama saintis bertaraf dunia.

Dekan Fakulti Sains, UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata fakulti amat berbangga dengan pencapaian Dr. Sazlinda untuk mewakili Malaysia menghadiri perhimpunan bersama lebih 20 pemenang Anugerah Nobel di Lindau.

“Harapan saya dengan pengalaman beliau berinteraksi dengan Nobel Laureate dan penyelidik muda terbaik daripada seluruh dunia akan memberikan dorongan untuk beliau menjalin kerjasama antarabangsa dan boleh memberi impak kepada pensyarah muda lain serta pelajar UPM,” katanya.

Malah lebih membanggakan, dua alumni UPM turut terpilih mewakili Malaysia tahun ini.

Fakulti Sains, UPM turut mempunyai reputasi baik dan sebelum ini, pensyarah, pelajar dan alumni fakulti itu pernah terpilih untuk menghadiri persidangan paling berprestij bersama pemenang Anugerah Nobel.- UPM

SXERDA6~