| Universiti Putra Malaysia

Pengorbanan empat tahun An Najwa berbaloi

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
 
 
SERDANG, 26 November - Berjaya menggenggam ijazah sarjana muda adalah sebuah pengorbanan yang dibuat oleh seorang penjaring (GS) kebangsaan, An Najwa Azizan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen ke-46.
 
Pelajar Bacelor Komunikasi ini melakukan pengorbanan yang amat besar dengan menjalankan tanggungjawab sebagai atlet bola jaring negara di samping menjadi pelajar sepenuh masa.
 
"Saya sangat berbangga menjadi pelajar UPM kerana prestasi saya dalam bidang sukan semakin hari semakin bagus dan pelajaran saya bergerak seiring.
 
 
"Walaupun saya berkecimpung dalam sukan bola jaring, tetapi pada masa depan kita tak tahu apakah nasib kita. Jadi saya sarankan semua atlet untuk sambung belajar tidak kisah dalam bidang akademik ataupun kemahiran untuk membantu kita teruskan kehidupan," katanya.
 
Atlet yang sudah berkecimpung selama 10 tahun dalam sukan bola jaring ini juga akan mula mencari kerja pada tahun 2023 dalam bidang komunikasi seiring dengan ijazah yang diterima dan sukan yang diminatinya ini.- UPM

SXDdJA~