| Universiti Putra Malaysia

PEMILIK PERNIAGAAN “KOPI DAN SUSHI” BERJAYA MENGGENGGAM IJAZAH

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



Serdang, 28 November – Pemilik perniagaan “ Kopi Dan Sushi”, Annati Nur Najlaa Tuah,23, berjaya menggenggam ijazah sarjana muda Bacelor Sains Teknologi Makanan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia kali ke-46 hari ini.

Minat berniaga sejak dari sekolah lagi mendorong beliau untuk menubuhkan perniagaan sendiri di UPM. Hasil bantuan daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, beliau berjaya menubuhkan “Kopi Dan Sushi” dan mula bertapak di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) pada tahun 2020.

“Saya akui cabaran yang terbesar yang saya hadapi adalah untuk menarik minat pelanggan agar tidak bosan dengan Kopi Dan Sushi saya,” katanya.

Namun begitu, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 10,000 kerana permintaan yang tinggi daripada pelajar yang tinggal di kolej.

“Saya ingin mewujudkan kedai kopi yang kondusif sesuai untuk pelajar datang untuk belajar dan menyiapkan tugasan di setiap kolej kediaman,” katanya

Beliau berpesan agar pelajar yang berminat dalam perniagaan perlu menggunakan peluang yang ada kerana UPM sentiasa membantu dan memberi peluang kepada usahawan siswa. - UPM

SXFbSA~