| Universiti Putra Malaysia

Pelantikan TNC UPM


SERDANG, 1 Sept - Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM untuk tempoh selama tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015.

Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth, 39, menggantikan Prof. Dr. Tai Shzee Yew yang tamat tempoh pelantikannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) pada 31 Ogos 2012 semalam.

Renuganth mempunyai kelulusan Bacelor Kejuruteraan (Kepujian) dari Institut Teknologi Bandung, Bandung, Indonesia, Master in Launchers and Satellites dari Ecole National Supérieure de ľ Aéronautique et de ľ Espace, Toulouse, France serta Ph.D dari Technische Universität Dresden, Dresden, Jerman.

Anak kelahiran Kedah ini telah berkhidmat di UPM hampir 9 tahun sejak  dengan memulakan karier sebagai Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan pada 2003 dan dilantik sebagai Profesor Madya pada 2008 dan kemudiannya Profesor pada 2012.

Beliau menjawat jawatan Ketua Bahagian, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) pada 2011 hingga 2012 sebelum dilantik menjadi Pengarah, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pusat Hubungan dan Jaringan Industri) pada 2012.

Antara lapangan profesional yang diceburi ialah dilantik sebagai President (International), Committee on Space Research (COSPAR).

Sepanjang perkhidmatan di UPM, beliau sememangnya aktif dalam bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa. Kesarjanaan beliau diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Portfolio yang akan dipegang oleh beliau adalah mengetuai dan bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) serta menguruskan jaringan UPM dengan industri dan masyarakat dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengembangan maklumat kepada masyarakat amnya.

Ahli pengurusan UPM menyifatkan perlantikan Prof. Dr.-Ing Ir. Renuganth Varatharajoo akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memastikan UPM terus kekal sebagai Universiti Penyelidikan terutama mewujudkan jaringan dengan komuniti yang merangkumi semua kumpulan pemegang taruh seperti industri, alumni, masyarakat serta institusi tempatan dan antarabangsa.

Pengalaman Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo yang luas dalam bidang penyelidikan mampu mendukung matlamat ketiga Pelan Strategik 2011-2013 UPM iaitu memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu.

Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo boleh dihubungi 012-2870004 .


SXETPA~