| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM terpilih utk mewakili negara ke initiatif pemimpin muda di Bangkok

Oleh Sanorumi binti Dawam @ Tawil


KUALA LUMPUR, 21 MAC – Pelajar Ph.D Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Chang Sui Kiat telah terpilih untuk menyertai program  Initiatif Peminpin Muda Hitachi ke-12 (atau 12th Hitachi Young Leaders Initiative [HYLI] yang dianjurkan oleh pihak Hitachi yang akan diadakan  pada 1-5 Julai 2013 di Bangkok, Thailand.

Beliau adalah antara empat mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih untuk mewakili negara menerusi temuduga oleh satu panel pengawai tinggi. Pelajar lain yang dipilih ialah dari Universiti Teknologi Petronas, Universiti Malaysia Sarawak, dan Universiti Sains Malaysia.

Mereka akan bertemu dengan peminpin muda dari negara anggota ASEAN untuk membincang soal peranan ASEAN dalam ekonomi Asia dan global.

Daripada 14 calon yang disenaraikan untuk pilihan, Chang dan pelajar lain ditemuduga oleh lima pengadil berpengalaman yang terdiri daripada Pengarah Urusan Hitachi Asia (Malaysia) Sdn Bhd, Mr. Seiji Yoshimura; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia YBhg. Dato’ Hafsah Hasim; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi YBhg. Dato’ Dr. Rujhan bin Mustafa; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri YBhg. Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Perunding Jireh Consult Sdn Bhd, Debbie Koh.



Chang Sui Kiat, 27, berkata beliau amat terkejut dengan pemilihannya kerana terdapat calon yang lebih handal daripadanya. Tetapi, beliau rasa pemenangannya adalah hasil daripada persiapan rapi dengan pengalaman beliau dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak universiti dan juga anjuran pihak luar serta  motivasi dari Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri CiRNeT Prof. Madya Dr. Azizan Asmuni.

“Saya tidak menyangka yang saya akan dipilih dalam empat pelajar untuk menyertai program HYLI, kerana persaingan di kalangan pelajar pada peringkat pemilihan sangat hebat dan mencabar,” kata Chang yang minat dalam kaitan soalan pemakanan (nutrition) sebuah masyarakat atau negara dengan pertumbuhan ekonominya.

Sebagai seorang pelajar Yang di-Pertuan Agong (King’s scholar), beliau berharap untuk tamat pengajian Ph.D belian akhir tahun ini.

Dengan kejayaan itu, peserta yang berjaya diberi sijil pemilihan yang di sampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  YBhg. Dato  Sri Mustapha bin Mohamed diiringi oleh Pengarah Urusan Hitachi Asia (Malaysia) Sdn Bhd Mr. Seiji Yoshimura. – UPM

-- sd/kgo

 


SXDcSAY~