| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM Ivan Yuen sumbang Perak Skuasy Universiti Dunia

Oleh Syazana Muhammad


SERDANG,  8 Sept - Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,  Universiti Putra Malaysia (UPM), Ivan Yuen Wee Wern berjaya mendapat pingat perak dalam aksi final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Dalam aksi final kejohanan tersebut , Ivan telah ditewaskan oleh Tsz Fung Yip pemain pilihan pertama kejohanan dari Hong Kong 11-3, 8-11, 11-3 dan 8-11 dalam tempoh 49 minit perlawanan.

Terdahulu,  Ivan, pemain ranking ke 53 dunia dan pemain kedua kebangsaan itu berjaya menewaskan Joshua Masters dari England 11-7, 12-10, 12-14 dan 11-5 dalam pertarungan selama 52 minit pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki dalam merebut tempat untuk aksi final.

Ivan mendapat sokongan padu terutamanya daripada 30 penyokong yang merupakan pelajar dan staf Pusat Sukan UPM.


WXEUBA~