| Universiti Putra Malaysia

Pelajar tahun akhir Kolej Canselor UPM diraikan pada Majlis Gemilang Canselor

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 7 Januari - Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman hadir ke Malam Gemilang Canselor 2023 yang dianjurkan oleh Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).


Pengetua Kolej Canselor UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah berkata, Majlis Gemilang Canselor ini merupakan majlis tahunan Kolej Canselor yang diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir yang akan menamatkan pengajian dan bergraduasi tidak lama lagi.

“Kepada semua pelajar tahun akhir yang hadir, tahniah kerana anda telah berjaya meneruskan pengajian sehingga ke tahap ini dengan penuh semangat untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang,” katanya semalam pada Malam Gemilang Canselor yang dianjurkan di MZ Garden, Bangi.


Malam Gemilang Canselor adalah program utama di Kolej Canselor yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej untuk meraikan pelajar tahun akhir yang akan bergraduasi. - UPM

SXEUVAl~