| Universiti Putra Malaysia

Pasukan robotik UPM sekali lagi harumkan nama universiti

Oleh Kuah Guan Oo
Foto oleh Noor Azreen Awang



SERDANG, 7 Mei (UPM) – Ahli-ahli Kelab Robotik Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi mengharumkan universiti, kali kedua dalam masa beberapa bulan ini.

Ciptaan mereka berupa sebuah robot yang menembak bola warna sekuat  bedilan keretakebal kecil membuat mereka merangkul anugerah naib johan pertama kategori Robot Bolawarna di Pertandingan  Robot Antarabangsa Malaysia (MIRoC) diadakan dari 12 ke 14 April, 2013.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dan Kementerian Pengajian Tinggi, kata Dr Azura Che Soh, seorang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan yang juga penasihat kepada kumpulan itu.

Kumpulan terdiri daripada pelajar fakulti berbeza, yang bergabung berikutan kecintaan mereka kepada robot, juga memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dalam kategori Robot Pemadam Kebakaran...



Kumpulan itu berjaya menewaskan lebih daripada 50 pasukan lain untuk muncul sebagai juara  keseluruhan pada edisi ke-7 pertandingan kebangsaan tahunan robotik Februari lalu.  Ketika itu robot mereka boleh diprogram untuk menjalankan tugas atau kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan berisiko tinggi seperti tumpahan berbahaya dan kimia radioaktif.

Dr Azura yang begitu bangga dengan pelajar lelaki dan wanita itu kerana pencapaian berkenaan, berkata pertandingn untuk semua institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan teknikal itu adalah lebih daripda hanya satu permainan robot untuk pelajar.

Ada tiga kategori dalam pertandingan itu: robot bolawarna, robot pemadam kebakaran dan robot  memanjat dengan tali.

Tetapi lebih penting daripada robot-robot dengan “senapang” untuk melepaskan bola warna seperti peluru itu adalah perkongsian pengetahuan mengenai teknologi digunakan dalam pembuatan robot-robot  itu dan pelbagai faedah lagi.

Sedang robot-robot itu mungkin kelihatan sama , tetapi fungsi mereka berbeza, bergantung kepada strategi digunakan untuk melaksanakan tugas diperlukan.

“Sebab itulah kami mempunyai poster dan rancangan rekaan untuk persembahan kami,”  kata Dr Wan Zuha Wan Hasan, rakan Dr Azura yang juga seorang penasihat kepada kumpulan robot itu.



Mereka menjelaskan bahawa ini adalah pertama  kali MIRoC dianjurkan dan pihak kementerian ingin menjadikannya satu acara antarabangsa. Pertandingan itu sebelum ini dikenali sebagai MURoC atau Pertandingan Robotik Universiti Malaysia.

Mereka juga memberitahu bahawa pelajar-pelajar itu perlu membina robot-robot mereka mengikut  spesifikasi  ditetapkan untuk pertandingan itu seperti berat, kelajuan dan sebagainya.

“Ketika ini, mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk Robotcon atau peraduan robotik kebangsaan anjuran MOHE  pada penghujung bulan ini  untuk memilih pasukan terbaik bagi mewakili negara di satu pertandingan antarabangsa di Vietnam lewat tahun ini,” kata Dr Azura.

Kedua-dua Dr Azura dan Dr Wan Zuha berkata mereka dapati ahli kumpulan kelab robotik itu mempunyai minda teknikal dan bijak menggunakan tangan,walaupun mereka adalah daripada pengajian pertanian dan biologi.

Preiden kelab, Muhammad Azizi b. Md Idruss, 22, berkata beliau semakin berminat dalam bidang robotik selepas menyertai kelab itu untuk Program Elektrikal dan Elektronik tiga tahun lalu.

“Saya boleh menggunapakai apa yang saya pelajari, seperti memasang wayar dan memprogram,” kata pelajar tahun tiga itu, yang tidak menolak kemungkinan menyertai kerjaya dalam bidang berkenaan selepas tamat  pengajian ijazah Bacelornya.

Mantan Presiden kelab ini, Mohd Hanif b. Yatim, 23, pelajar tahun akhir Elektrikal dan Elektronik  memberitahu beliau juga berminat dalam robotik menyebabkan beliau juga menimbang satu kerjaya dalam bidang sama.

“Hari ini robot boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan keselamatan,” kata beliau sambil menambah bahawa apa yang beliau dapati amat menguntungkan adalah beliau boleh mengaplikasi apa dipelajari ketika membina robot-robot itu.

– upm/kgo/agn    


WXDdKAP~