| Universiti Putra Malaysia

Pasangan kembar tak seiras hadiahkan ijazah kepada keluarga tercinta

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron



SEDANG, 27 November - Pasangan kembar tidak seiras Nazrul Irfanradi Nazzarulanuar, 23 dan Nayly Batrisyia Nazzarulanuar, 23 berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda Bachelor Perakaunan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kedua-dua mereka berjaya mengurniakan hadiah kejayaan kepada keluarga mereka dengan kejayaan yang diperoleh hari ini.
“Kami berdua ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana banyak memberi sokongan dari segi mental dan fizikal untuk mendapatkan ijazah.

“Walaupun kami kembar berlainan jantina, kami hanya pernah berpisah sekali sahaja semasa di kolej matrikulasi. Namun, kami bersyukur setelah diberi peluang untuk menyambung ijazah di UPM.

Pasangan kembar ini berkata, gunakan peluang yang diberikan untuk sambung belajar di UPM sebaik mungkin dan jangan sesekali menghancurkan peluang yang diperoleh untuk masa depan yang terbaik dan membanggakan keluarga.

“Nasihat kepada semua orang di luar sana, jangan sia-siakan jika diberi peluang untuk sambung belajar. Kita yang dapat mengubah masa depan dengan usaha selama ini,” katanya. - UPM

SXESOAS~