| Universiti Putra Malaysia

Pasangan adik beradik berjaya genggam PhD

Oleh: Noor Eszereen Juferi



SERDANG, 27 November – Pasangan adik beradik, Hazimah Haspi Harun dan Hanif Haspi Harun telah berjaya mengengam PhD pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 1 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Hazimah yang menerima PhD Pengurusan Hutan dan Sains Ekosistem berkata, beliau bersama adiknya sejak dahulu akan menyambung pengajian bersama-sama dan itu menjadikan mereka bersemangat untuk berjuang bagi menamatkan pengajian mereka.

“Walaupun bidang pengajian kami adalah berbeza kami masih menggunakan konsep yang sama untuk penyelidikan jadi ianya mudah untuk saya bersama adik untuk mengadakan brainstorming,” katanya.

Hanif yang bergraduat dalam PhD Fizik Perubatan berkata, antara cabarannya adalah semasa menyambung pengajian di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0 pada Mac 2020 apabila beliau perlu mencari alternatif untuk menyiapkan hasil penyelidikan beliau.

“Saya pada waktu itu tidak berputus asa dan kental menghadapi cabaran tersebut untuk mencapai matlamat saya bagi memastikan penyelidikan saya pada sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau kini berkhidmat di sebagai Pegawai Sains Fizik, Jabatan Radiologi, Hospital Besar Pulau Pinang berkata pentingnya bidang pengajian beliau kepada masyarakat adalah untuk mengoptimumkan pengurusan radiasi dan kualiti imej bagi pesakit x-ray.

Nasihat kedua adik beradik ini kepada bakal pelajar yang mahu menyambung pengajian PhD antaranya perlu mempunyai minat dalam bidang penyelidikan serta sumber kewangan dan tidak mudah untuk putus asa semasa dalam pengajian.

SXETHAh~