| Universiti Putra Malaysia

Pameran NYAWA’14 UPM dedahkan keunikan Microbe

Oleh Nur Azimah binti Ibrahim
Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan



SERDANG, 7 Nov (UPM) - Sebanyak 50 spesimen bertemakan microbe menjadi tarikan utama dalam  Pameran Nature’s Yield and Wonders Of Arts 2014 (NYAWA’ 14: Microbe) di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 22 September hingga 28 November 2014.

Pameran ini memaparkan kepelbagaian dan keunikan mikrob kepada manusia dan juga haiwan.

NYAWA’ 14  kali ini bertemakan mikroorganisma merupakan hasil kajian saintifik para penyelidik UPM yang dipersembahkan melalui gubahan seni kontemporari.



Timbalan Pengarah Bahagian Edu-Park UPM, Prof. Madya. Dr. Faridah Qamaruz Zaman


Timbalan Pengarah Bahagian Edu-Park UPM, Prof. Madya. Dr. Faridah Qamaruz Zaman berkata pameran itu dapat mempromosikan hasil inovasi penyelidik UPM dalam bentuk yang yang lebih santai dan mudah difahami oleh masyarakat.

“NYAWA’ 14  kali ini bertemakan mikroorganisma merupakan hasil kajian saintifik para penyelidik UPM yang dipersembahkan melalui gubahan seni kontemporari untuk paparan pelbagai golongan masyarakat.

“Setiap artikel yang dipamerkan diiringi dengan persembahan artistik seperti arca, gubahan, lukisan, seni kufi, jahitan sulam, seni digital, persembahan video serta fotografi ciptaan penyelidik yang terlibat,” katanya.



Pameran NYAWA’ 14 boleh diakses melalui capaian Virtual Library Museum Pages (VLMP) yang merupakan sebahagian daripada International Council of Museum (ICOM) di  Paris, Perancis. 

Pameran ini turut menyumbang dalam peningkatan Key Performance Indicator (KPI) UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia.

Pameran itu turut mendapat 27 artikel penyelidikan mengenai mikrob dari pelbagai bidang ilmu di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Pameran kali ketiga itu dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan selepas anjuran (NYAWA’12: Fruit, NYAWA’13: Insect).


WXERDAf~