| Universiti Putra Malaysia

NC UPM DILANTIK PRESIDEN ASAIHL

Oleh Khairul anuar Muhamad Noh & Norzaina Darus
Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan

Dari kiri Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin Syed Salim (Chairman of Election Commitee), Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan (President of ASAIHL effective 1st January 2015), Prof. Dr. Idrus A. Paturusi, Dr. Ninnat Olanvoravuth


SINGAPURA: Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dilantik sebagai Presiden Lembaga Pemegang Amanah The Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) yang baru mulai Januari 2015 semasa persidangan pertubuhan itu di Nanyang Technological University, Singapura pada 4 Disember, 2014 semalam.

Beliau yang dilantik semasa mesyuarat lembaga Pengarah ASAIHL kali ke 140  berkuat kuasa mulai Januari 2015 hingga Disember 2016 menggantikan Prof. Dr. Idrus A. Paturusi dari negara Indonesia.

Persidangan bertemakan Education Innovation for the Knowledge-based Economy : Curriculum, Pedagogy and Technology itu berlangsung dari 3 hingga 5 Disember 2014 dihadiri  hampir 300 peserta dari 23 negara.



Prof. Dato’ Dr. Fauzi ketika ditemui mengulas pelantikannya berkata bahawa beliau akan memberikan komitmen yang tinggi dalam membawa ASAIHL  ke peringkat yang lebih tinggi dalam peningkatan kualiti pendidikan di ASEAN dan di peringkat Antarabangsa.

“Perlantikan ini juga dilihat akan memberi lebih peluang kerjasama yang lebih baik antara ahli ASAIHL seiringan dengan peranan Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015.

“Saya akan bekerjasama dengan semua ahli ASAIHL untuk bersama-sama membawa peningkatan dalam kualiti pendidikan,” katanya.

Sementara itu Presiden ASAIHL, Prof. Dr. Idrus A. Paturusi menyifatkan Prof. Dato Fauzi boleh membawa ASAIHL untuk bersama-sama dalam keserataan di dalam bidang pendidikan.



“Saya berpendapat beliau akan dapat membawa ASAIHL bersama dalam bidang pendidikan,” katanya.

Tujuan ASAIHL adalah untuk membantu institusi anggota untuk sama-sama membantu bagi membentuk identiti serantau, mencapai persamaan antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan awam supaya anggota institusi menyumbang kekuatan kepada negara masing-masing dan serantau.

Pertubuhan itu juga menyediakan peluang pembangunan akademik

dan pembangunan universiti umum, membantu institusi anggota dalam pengambilan dan penempatan fakulti dan staf, pertukaran profesor dan pelajar, pembangunan projek-projek kerjasama tertentu, khidmat konsultansi, menguatkan hubungan badan serantau dan antarabangsa dan memastikan ahli institusi dimaklumkan perkembangan dan pengiktirafan sesama anggota.


SXEUCA~