NC Terima Anugerah Sanjungan 2011 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » NC terima Anugerah Sanjungan 2011

NC terima Anugerah Sanjungan 2011

Datin Norsham Ahmad mewakili Naib Canselor UPM bagi Anugerah Sanjungan Majlis oleh MAPIM


KUALA LUMPUR, 30 April – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah menerima Anugerah Sanjungan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 2011 yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menerima anugerah selaku mantan Pengerusi Lembaga MAPIM di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang dianjurkan MAPIM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, KPT.

Penganugerahan itu adalah sejajar atas jasa beliau dalam sektor pendidikan ke arah memperkasakan kemajuan negara terhadap MAPIM.

Anugerah MAPIM merupakan anjuran kali kelima bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para ilmuan dan karyawan untuk memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia.

Berita ini disediakan oleh Noor Eszereen Juferi 03-89468985 (MarComm) dan foto oleh Mohd Hasrul Hamdan 03-89466189 (MarComm) 


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568762922