| Universiti Putra Malaysia

Nasihat terakhir ayah menjadi penguat untuk menamatkan PhD

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



Serdang, 29 November – “Jangan penatkan ibu, kekuatan adik ada di mana-mana,” antara nasihat terakhir ayah kepada Norhidayu Hasan yang berjaya bergraduat dalam tempoh di peringkat Doktor Falsafah (PhD) (Bahasa dan Linguistik Melayu) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

Ayah kepada Norhidayu Hasan meninggal dunia akibat kegagalan jantung semasa beliau berada dalam Tahun 1 pengajiannya. Kehilangan ayahnya membuatkan beliau hampir kemurungan.

“Kekuatan saya hilang untuk meneruskan pengajian apabila ayah saya meninggal dunia,” katanya.

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini berjuang selama tiga bulan untuk memulihkan semangat beliau untuk meneruskan pengajiannya.

Tambah beliau, rakan baiknya menjadi tempat mengadu adat orang merantau menuntut ilmu.

“Kekuatan saya dipinjamkan oleh orang sekeliling saya,” katanya.

Beliau kini sedang menunggu panggilan temuduga untuk menjadi pensyarah di universiti awam.

WXDdEAh~