IPOH, 2 Mei – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris menerima Anugerah Tokoh Wanita Hari Pekerja CUEPACS 2019.
Beliau menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS di Stadium Indera Mulia Ipoh.
Anugerah itu diberikan kepada Prof. Aini kerana keprihatinan beliau terhadap kesatuan sekerja di UPM menjadi contoh kepimpinan wanita.
Sebanyak sembilan lagi anugerah daripada kategori lain turut disampaikan pada majlis tersebut yang bertemakan ‘Pekerja Berilmu dan Berintegriti, Pemacu Kecemerlangan Negara.
Tarikh Input: 11/07/2019 | Kemaskini: 11/07/2019 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA