| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor UPM sambut baik inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk mahasiswa IPT

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron

SHAH ALAM, 3 September: Seramai 30 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) layak menerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa pertama.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi merapatkan jurang digital dengan menyediakan tablet kepada mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40.

YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM mengucapkan terima kasih bagi pihak pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada kerajaan kerana memperuntukkan dana khas di bawah Bajet 2022 bagi penyediaan peranti khusus buat pelajar IPT.

“Pada hari ini 30 orang mahasiswa UPM di sekitar Lembah Klang merupakan penerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa pertama.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan dan menyambut baik Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia.

Pada fasa pertama sebanyak 400,000 unit peranti ditempah berjenama dan berkualiti tinggi antara Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diedarkan kepada mahasiswa.

Menurut pelajar Tahun 1 Bacelor Kaunseling dengan Kepujian, Shamsul Nur Mazleena Samad, inisiatif kerajaan memberi terus peranti yang berupa sebuah tablet berjenama terkenal ini kepada semua penerima adalah sangat membantu golongan B40 sepertinya.

“Selalu peranti yang di berikan sebagai bantuan hanyalah sekali. Namun, inisiatif kali ini sangat bagus, apabila peranti yang diberikan rosak atau hilang disebabkan tertentu, pihak kerajaan akan mengganti balik dengan peranti baru,” katanya. - UPM

SXDdPAo~